Selamat Datang Ke SACAD

Kod Etika / Kerahsiaan


Sistem SACAD amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala maklumat, cadangan atau aduan yang dihantar melalui sistem ini adalah SULIT.



Rujukan Pengguna


Mana-mana Pegawai Perhubungan Sistem SACAD PTj yang ingin mendapatkan butiran terperinci maklumat pengguna hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Sekretariat SACAD. Segala dokumen yang berkaitan adalah diklasifikasikan sebagai SULIT.



Penyimpanan Rekod


Semua pegawai yang terlibat dengan pengurusan sistem SACAD perlu mengekalkan KERAHSIAAN dalam membentuk, menyimpan, memperoleh, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen yang berkaitan dengan maklumat pengguna, aduan atau cadangan yang dikemukakan.



Pengecualian Pendedahan Maklumat dan Rekod


Segala maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan sistem SACAD adalah SULIT kecuali untuk kes-kes tertentu terutama yang melibatkan kepentingan Universiti, keperluan undang-undang, dan lain-lain.