Sistem Saluran Aduan Dan Cadangan Dalaman (SACAD)
SACAD ialah sebuah aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membuat aduan atau cadangan kepada pihak pentadbiran universiti. SACAD merupakan satu media bagi pelanggan memberi komen dan cadangan yang dapat mempertingkatkan kecekapan dan penambahbaikan sistem urus tadbir universiti. Penyaluran aduan dan cadangan adalah sangat penting bagi mendapatkan maklum balas dari perkhidmatan yang telah diberikan. Pihak Sekretariat berperanan untuk merancang dan memantau semua aktiviti berkaitan aduan dan cadangan dalaman universiti supaya segala kekurangan dan kelemahan akan dapat diatasi serta peningkatan kualiti perkhidmatan dapat dilakukan dari semasa ke semasa. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan melalui pekeliling yang mewajibkan semua agensi kerajaan mewujudkan satu sistem yang mampu merancang dan memantau aduan serta cadangan dari pihak pengguna berkaitan pengurusan dan pentadbiran organisasi.